ORDER FORM

ORDER FORM

Isikan Form untuk tempahan, quotation harga akan diemail kepada anda sebelum membuat pembayaran

Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Item/Quantity
Postal Address
Postage Method Pos Parcel(5-7 hari bekerja)
Pos Laju (2-3 hari bekerja)
Payment Method Maybank

This HTML form was created by Freedback.
Showing posts with label Gerai di Icon'11. Show all posts
Showing posts with label Gerai di Icon'11. Show all posts

Thursday, 21 July 2011

Produk Mermaidcomel di ICON' 11


Assalamualaikum.
Dear readers, apa khabar  semua? Harap semuanya sihat-sihat ye..Apa khabar iman kalian?Harapnya semua iman dah melonjak naik, siap siaga untuk persiapan menyambut Ramadhan yang akan tiba sedikit masa lagi, InsyaAllah:)

Seperti yang dijanjikan, kali ni mermaidcomel update untuk produk yang akan dijual di booth mermaidcomel di Icon'11 nanti. Tungku panas, habbatussauda, pelbagai jenis kerongsang, serta minuman boleh didapati di booth kami. Tidak dilupakan, donut yang sangat gebu dan lembut yang didatangkan dengan 3 topping iaitu coklat, kacang dan strawberi.

Apa kegunaan tungku panas dan habbatussauda?Kalau nak tau lebih lanjut, jom klik di sini dan jugak di sini. Memang sangat bagus untuk kesihatan, baik lelaki mahupun perempuan.Cuba dulu, baru tahu :)

Macam mana nak kenal gerai mermaidcomel ye?
Mudah je..Temanya merah menyala, alas mejanya pun merah penuh semangat.

Setakat ini sahaja entri mermaidcomel kali ini. Jangan lupa ke Icon'11 dan singgah di gerai mermaidcomel ye. 
See you there:)

Salam sayang,
mermaidcomel.

[p/s: Harga yang ditawarkan ini hanya promosi untuk di Icon'11 sahaja. Harga untuk tempahan online atau di masa yang lain mungkin sedikit berbeza.]

Tuesday, 19 July 2011

Jumpa mermaidcomel di Icon'11

 Assalamualaikum.

 Pada 23 Julai 2011, IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras akan menganjurkan karnival nasyid yang dikenali sebagai Icon'11. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti forum (program FEWWIT) pertandingan futsal, pertandingan nasyid serta konsert nasyid dari kumpulan Raihan.


ICON'11

Haaaaa...Dr.HM Tuah ada, Imam muda pun ada, Fedtri pun ada.. (tapi jangan niat untuk jumpa mereka je ye, betulkan niat untuk dapatkan ilmu dan upgrade diri, baru dapat pahala;p )

Maklumat mengenai forum, boleh klik di sini,
Boleh juga lawati  laman web rasmi  Icon'11
Selain itu, terdapat ekspo serta gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis produk.

Ini buat hebahan untuk pelayar blog mermaidcomel ini. Boleh ajak mak, ayah, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa saja untuk memeriahkan lagi program yang cukup bermanfaat ini.

Dan insyaAllah, mermaidcomel juga akan membuka gerai di Icon'11.Berbagai-bagai  produk menarik akan kami jual pada hari tersebut dan produk-produk akan di update di dalam entri yang akan datang :)