ORDER FORM

ORDER FORM

Isikan Form untuk tempahan, quotation harga akan diemail kepada anda sebelum membuat pembayaran

Order Form

Name:
Email Address:
Contact Number
Item/Quantity
Postal Address
Postage Method Pos Parcel(5-7 hari bekerja)
Pos Laju (2-3 hari bekerja)
Payment Method Maybank

This HTML form was created by Freedback.

Thursday 21 July 2011

Produk Mermaidcomel di ICON' 11


Assalamualaikum.
Dear readers, apa khabar  semua? Harap semuanya sihat-sihat ye..Apa khabar iman kalian?Harapnya semua iman dah melonjak naik, siap siaga untuk persiapan menyambut Ramadhan yang akan tiba sedikit masa lagi, InsyaAllah:)

Seperti yang dijanjikan, kali ni mermaidcomel update untuk produk yang akan dijual di booth mermaidcomel di Icon'11 nanti. Tungku panas, habbatussauda, pelbagai jenis kerongsang, serta minuman boleh didapati di booth kami. Tidak dilupakan, donut yang sangat gebu dan lembut yang didatangkan dengan 3 topping iaitu coklat, kacang dan strawberi.

Apa kegunaan tungku panas dan habbatussauda?Kalau nak tau lebih lanjut, jom klik di sini dan jugak di sini. Memang sangat bagus untuk kesihatan, baik lelaki mahupun perempuan.Cuba dulu, baru tahu :)

Macam mana nak kenal gerai mermaidcomel ye?
Mudah je..Temanya merah menyala, alas mejanya pun merah penuh semangat.

Setakat ini sahaja entri mermaidcomel kali ini. Jangan lupa ke Icon'11 dan singgah di gerai mermaidcomel ye. 
See you there:)

Salam sayang,
mermaidcomel.

[p/s: Harga yang ditawarkan ini hanya promosi untuk di Icon'11 sahaja. Harga untuk tempahan online atau di masa yang lain mungkin sedikit berbeza.]

Tuesday 19 July 2011

Jumpa mermaidcomel di Icon'11

 Assalamualaikum.

 Pada 23 Julai 2011, IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras akan menganjurkan karnival nasyid yang dikenali sebagai Icon'11. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti forum (program FEWWIT) pertandingan futsal, pertandingan nasyid serta konsert nasyid dari kumpulan Raihan.


ICON'11

Haaaaa...Dr.HM Tuah ada, Imam muda pun ada, Fedtri pun ada.. (tapi jangan niat untuk jumpa mereka je ye, betulkan niat untuk dapatkan ilmu dan upgrade diri, baru dapat pahala;p )

Maklumat mengenai forum, boleh klik di sini,
Boleh juga lawati  laman web rasmi  Icon'11
Selain itu, terdapat ekspo serta gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis produk.

Ini buat hebahan untuk pelayar blog mermaidcomel ini. Boleh ajak mak, ayah, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa saja untuk memeriahkan lagi program yang cukup bermanfaat ini.

Dan insyaAllah, mermaidcomel juga akan membuka gerai di Icon'11.Berbagai-bagai  produk menarik akan kami jual pada hari tersebut dan produk-produk akan di update di dalam entri yang akan datang :)

Kerongsang Comel

Riben

Alpina

Daisy

Rosette

Pin Kartun

Tungku Moden

RM28 satu unit


Produk bantal panas atau dikenali sebagai tungku moden ini merupakan produk penjagaan kesihatan. Ini merupakan produk inovasi darpada tungku yang diperbuat daripada batu untuk penjagaan ibu selepas bersalin. Bantal panas atau tungku moden ini mempunyai pelbagai fungsi yang baik untuk penjagaan kesihatan lelaki mahupun wanita.

Fungsi:
1. Membantu mengurangkan keletihan dan lenguh-lenguh badan
2. Melancarkan peredaran darah
3. Melegakan masalah senggugut  (period pain)
4. Membantu mengecutkan rahim bagi ibu yang lepas bersalin
5. Mengurangkan masalah ketidakselesaan perut

Ciri-ciri:
-Mengandungi cecair daripada garam bukit yang sangat bagus untuk kesihatan
-Berat hanya 1.8 kg
-Didatangkan dengan pelbagai corak dan warna yang menarik
-PERCUMA sarung bantal.

Sesuai digunakan untuk :
-lelaki dan wanita (12 tahun ke atas)
-Wanita yang baru bersalin
-Wanita yang mengalami masalah senggugut
-Lelaki dan wanita yang mengalami keletihan dan lenguh-lenguh badan

Cara Penggunaan:
Caj tungku selama lebih kurang 5 minit sehingga lampu akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70-80 darjah celcius dan akan bertahan sehingga 2-4 jam.

Tips Penggunaan:
-Pastikan plug disambung dengan baik
-Selepas caj terpadam, suis elektrik hendaklah ditutup.
-Tanggalkan wayar caj dari bantal panas.
-Gunakan dengan sarung bantal supaya tidak terlalu panas dan untuk menjamin kebersihan.(sarung bantal boleh dicuci.)

Harga:
1 bantal panas = RM 28

(Harga tidak termasuk kos penghantaran)

p/s: Selalunya kita ingat bantal panas/ tungku moden ni untuk ibu yang lepas bersalin dan orang yang senggugut sahaja. Tapi sebenarnya jika kita guna apabila habis penat bekerja atau belajar, memang rasa sangat lega dan rileks. Kesannya rasa lega macam baru lepas mengurut dan rasa release tension.
Jadi, apa tunggu, jom beli bantal panas dengan kami=) Memang Berbaloi.

Habbatussauda



Apa itu habbatussauda? 

Habbatussauda merupakan herba berbentuk butiran biji berwarna hitam yang telah dikenal ribuan tahun yang lalu  untuk mengubati berbagai macam penyakit.Habbatussauda juga dikenali sebagai  black seed, black caraway, black seed, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru dan banyak lagi. Habbatussauda  digunakan sebagai herba pengubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak tulisan  oleh ahli pengubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980 - 1037 M), dan Al-Biruni (973-1048 M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi


 Habbatussauda makanan sunnah

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang bermaksud: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Kelebihan habbatussauda

-Mengurangkan risiko kanser
-Melawaskan sistem pencernaan
-Mencegah penyakit gout
-Meningkatkan daya imunisasi badan
-Mengeluarkan angin di dalam badan
-Membantu menguruskan badan serta melangsingkan badan
-Menambahkan susu badan
-Mengurangkan serangan penyakit asma
-Mengurangkan tekanan darah tinggi
-Mencegah penyakit bronchitis
-Mencegah penyakit kulit
-Menghilangkan senggugut
-Menyembuhkan selesema dan batuk
-Merawat batu karang

 (Terdapat banyak lagi kajian dan tulisan yang membincangkan tentang kelebihan habbatussauda. Ini antara link-link yang dapat membantu:
hebatnya habbatussauda
seeds of health

Cara makan

1 kapsul pagi
1 kapsul malam (selepas makan)

Tips:
-Amalkan habbatussauda untuk mengekalkan kesihatan
-Banyakkan minum air kosng kerana habbatussauda bersifat panas

Sijil halal serta kelulusan



Produk yang kami tawarkan ini sememangnya daripada syarikat MH UMMI yang mendapat sijil halal daripada JAKIM. (Co.no: 451091-H  )
Selain itu, produk habbatussauda ini juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
(MAL 19989099 T)

Usah ragu-ragu lagi dengan jaminan daripada Rasulullah bahawa dengan pengamalan habbatussauda ini dapat mengekalkan kesihatan serta mengubati segala jenis penyakit (kecuali mati), InsyaAllah. Ubat hanya sebagai satu ikhtiar ataupun usaha, manakala kuasa penyembuhan itu hanya di tangan Allah, Tuhan yang maha berkuasa. Sama-sama kita hidupkan makanan sunnah, insyaAllah ada ganjaran pahala disamping dapat mengekalkan kesihatan dan kecantikan.

Jangan lupa, pesan segera dengan mermaidcomel=)

Harga: RM 20 Sebotol (60 kapsul)

(Harga tidak termasuk pos.)

Monday 18 July 2011

Welcome!

Hi and Assalamualaikum!
Welcome to our blog. We provides you with lots of beneficial products ranging from food, health supplement, health care, clothes, accessories and  many more to comes at an affordable price.
We only offer you with halal products, insyaAllah..
So, enjoy your shopping with us =)